Selasa

pengertian

PENGERTIAN SIHIR Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mikjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun. PUNCA WUJUDNYA ILMU SIHIR Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s. Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu. BAGAIMAN AHLI SIHIR MENDEKATKAN DIRI KEPADA JIN Untuk mwndekatkan diri kepad Jin atau Syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-Qur'an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untik masuk ke tandas. Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur'an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah Al-Fatihah secara songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam keadaan junub. Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah ditentukan oleh jin / syaitan. Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran. Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya kecuali dengan satu imbalan atau balasan. Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya. Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa. Dia tidak tadap tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. PERJANJIAN AHLI SIHIR DENGAN JIN Di bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang ahli sihir dengan wakil syaitan" yang bernama Asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin. Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia.. Cop yang tertera di surat ini bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop 'Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik Jin jahat biasa. Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara "Syaitan dengan O'Ryan Greenfield" seorang ahli sihir dari barat. Sebenarnya surat itu ialah perjanjian otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop 'Ifrit. RAHSIA DAVID COPPERFIELD David Copperfield sememangnya mengamalkan ilmu sihir. Sebab itulah beliau boleh melakukan apa saja malah boleh terbang. Sebenarnya David Copperfield sangat terkenal di kalangan para Jin. Dia mempunyai perjanjian dengan salah seorang 'Ifrit. 'Ifrit mempunyai pasukan yang ribuan jumlahnya. Merekalah yang mengangkat Copperfield. Agar dia boleh naik sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk mengangkatnya. Dan lagi satu kebolehannya, seorang gadis yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri dalam wujud seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa tanda luka sedikit pun. Adalah mungkin Copperfield telah membuat surat perjanjian sama seperti yang diatas. Wallahu a'lam. CARA AHLI SIHIR MEMANGGIL JIN * Cara Pertama : Thariqotul Iqsam Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan. * Cara Kedua : Thariqatuz Zabhi Penyembelihan Binatang. * Cara Ketiga : Thariqah Sufliyah Melakukan Kenistaan. * Cara Keempat : Thariqatun Najasah Menulus Ayat-Ayat Al Qur'an dengan Najis. * Cara Kelima : Thariqatut Tankis Menulus Ayat-Ayat Al Qur'an secara Songsang. * Cara Keenam : Thariqatun Tanjim Menyembah Binatang. * Cara Ketujuh : Thariqatul Kaffi Melihat melalui Tapak Tangan. * Cara Kelapan : Thariqatul Atsar Menggunakan benda Bekas Pakai. ANTARA JIN DAN SYAITAN Jin dan syaitan kedua-duanya dijadikan oleh Allah daripada api. Firman Allah: Maksudnya: “Dan Kami jadikan jin sebelum Adam daripada api yang paling panas (lidah api)” “Dan jin pula, kami jadikan dia sebelum itu dari agin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma” (Surah al-Hijr: ayat 27) Syaitan adalah berasal daripada jin. Allah berfirman (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim.”(Surah al-Kahfi: ayat 50) JENIS-JENIS SYAITAN 1) Syaitan anak cucu iblis 2) Syaitan daripada jin. (Maknanya jin yang sudah jadi jahat dan jadi iblis) 3) Syaitan daripada manusia. “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.” (Surah al-An’am: ayat 112) Kejadian Jin ada 3 jenis Banyak hadith-hadith nabi yang menyebut tentang jenis-jenis kejadian jin. Salah satu hadith menyebutkan: “Allah jadikan jin itu 3 bentuk seperti anak adam, seperti binatang dan seperti angin diruang udara yang luas”. Yang berupa manusia itu bermacam-macam jenisnya. Begitu juga ilmu, kekuatan dan kebolehan mereka juga berbeza-beza. Antara jin yang kuat seperti disebutkan dalam al-Quran ialah “ifrit”. Firman Allah: Maksudnya: “Berkata `Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: "Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya". (Surah al-Naml: ayat 39) Jin dan iblis itu sebenarnya tidak tahu yang ghaib. Seperti yang berlaku jin-jin nabi Allah sulaiman (a.s.) tidak tahu nabi Sulaiman telah meninggal dunia (wafat) sehinggalah tongkatnya reput dimakan anai-anai. Firman Allah: Maksudnya: “Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan.” (Surah Saba: ayat 14) Sebahagian daripada jin itu setengahnya bodoh, lebih bodoh daripada manusia. Contohnya: 1) Jin dihambakan oleh manusa dengan pelbagai suruhan Jin ditipu oleh manusia, contohnya: Jin disuruh menunggu tumbuhnya sesuatu benda yang mustahil akan tumbuh, misalnya, batu atay kacang hijau atau bijian yang telah digoreng. Tolong menolong antara jiin dan manusia memang berlaku. Tetapi tolong menolong itu dilarang oleh Allah s.w.t. Allah berfirman: “Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia", lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”(Surah al-An’am: ayat 128) Syaitan menjadi musuh manusia, begitu juga jin-jin yang jahat. Tetapi permusuhan mereka dengan cara persahatan. Disebut di dalam al-Quran; “Tazzyin”, yang salah diperlihatkan betul dan yang buruk diperlihatkan cantik, yang baik diperlihatakan buruk atau jahat dan sebagainya. Dalam al-Quran semua manusia Allah jadikan mangsa tipu-daya iblis, kecuali orang-orang yang ikhlas. Mereka yang bersahabat dengan jin dan iblis sebenarnya telah tertipu dan terpedaya. CARA SYAITAN DAN JIN MENGUASAI DAN MENIPU MANUSIA 1. Dari luar badan, peringkat permulaan. 2. Masuk ke dalam tubuh badan melalui saluran darah dan urat-urat yang besar. Peringkat serius. Mereka yang dimasuki oleh syaitan atau jin adakala seperti sedar seperti biasa. Adakalanya sampai peringkat tidak sedar. Yang tidak sedar dalam al-Quran di sebut “Majnun” orang terkena jin. Nabi bersabda: Bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berlari-lari di dalam pembuluh darah anak Adam”. Berbagai ilmu tipu daya syaitan melalui berbagai ilmu dan amalan yang salah tetapi diperlihatkan oleh iblis dan jin-jin yang jahat seperti benar, misalnya: Menggunakan ayat al-Quran, nama-nama walil, ulamak, nama pahlawan-pahlawan (Tok Janggut, Hang Tuah, dan lain-lain), nama ahli-ahli tasawuf (Sheikh Abdul Qadir Jailani), nabi-nabi dan Rasul-rasul (nabi Khidir dan lain-lain). Menerusi berbagai ilmu ini, maka orang yang terlibat itu akan mempmemperolehi kebolehan luar biasa seolah-olah seperti karamah walau pun sebenarnya bukan karamah, tetapi tipu daya jin. PANDUAN PENTING UNTUK MEMBEZAKAN KARAMAH DENGAN PERBUATAN JIN DAN IBLIS 1 KARAMAH. Merupakan kurnia Allah, pertolongan Allah, tidak dapat dirancang, tidak disangka-sangka atau boleh diprogramkan. Tetapi perbuatan iblis dan syaitan boleh dirancang, dan diprogramkan. 2. Karamah berlaku sekali-sekala dalam hidup seseorang itu hanya mungkin beberapa kali tetapi perbuatan iblis dan jin sentiasa boleh berlaku pada bila-bila masa yang dikehendaki. Jin boleh masuk ke tubuh kita dengan 5 sebab: 1. Saka atau keturunan. 2. Ilmu salah yang dituntut atau diamalkan. 3. Disihir orang 4. Masuk sendiri kerana disukai jin atau dimarahi. 5. Selalu berdekat dengan orang yang mempunyai atau bersahabat dengan jin. TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIRESAPI OLEH JIN DALAM TUBUHNYA. erasaan dan sifatnya: 1. Marah 2. Murung 3. Putus asa 4. Susah nak tidur 5. Cakap tak betiul. 6. Sentiasa berfikir yang bukan-bukan. 7. Malas Tanda-tanda fizikal pada tubuh. 1. Panas 2. Sebahagian panas atau sejuk 3. Bila dipegang sakit. 4. Pandangan mata kabur atau tidak terang/jelas 5. Anggota menggeletar 6. Anggota menjadi berat atau kakuPening kepala. 7. Bengkak pada sebahagian anggota tertentu. 8. Bengkak pada sebahagian anggota tertentu. 9. Keras pada bahagian tertentu. 10. Urat-urat tegang. 11. Makan tidak selera atau makan terlalu banyak. 12. Sendi-sendi sakit. 13. Rasa nak muntah. 14. Pening /migrain 15. Terdengar bisikan atau nampak-nampak benda ghaib. CARA PENCEGAHAN Daripada dihampiri oleh iblis, syaitan dan jin, Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran: Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung”.(Surah al-Anfaal: ayat 45) Amalan-amalan lain dijaga, dipelihara dan ditingkatkan. Antara amalan-amalan tersebut ialah: 1. Memperbanyakkan sembahyang. 2. Memperbanyakkan berdoa. 3. Memperbanyakkan membaca al-Quran juga berzikir 4. Sentiasa membersihkan badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.